Pendaftaran Di Kaunter Di Pedi Bengoh

31 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 30 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh bersama Pegawai dari Jabatan Perangkaan untuk Program PADU telah membuka kaunter fizikal di PEDI Bengoh. Kaunter fizikal ini telah disediakan untuk membantu komuniti setempat mendaftar dan mengisi maklumat individu mereka ke dalam sistem PADU.

Pangkalan data utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperoleh melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Antara objektif PADU adalah untuk menyediakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala. Matlamat PADU bukan sahaja untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, tetapi juga memperkasakan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.

Dengan penyediaan kaunter fizikal di Pusat Ekonomi Digital ini juga, pegawai yang bertanggungjawab dapat membimbing individu untuk mengisi pendaftaran dan mendapatkan pengesahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali